Sunday, May 12, 2013

selamat hari2 ibu, mak!

lagu sempena hari Ibu... sebenarnya bukan hari ni jak kita smbut n syg kn ibu. hari2 kita wajib doakan ibu n bapa kita.itu lah yg terbaekkk. tp oleh kerana hari ni mamak ku rasa kecik hati tiada di wish anak2 maka, wajib la anak2nya wlu ada jgk yg tanggang jd 'wish la jak hari ibu. hahaha. wlu tidak diucapkan sebenarnya doa kepada ibu bapa hari2 aku doakn. siapa la kita tanpa mereka. wlupun ada ketanggangan dan kedegilan, hati mesti ingt n  mesti doa slalu. hehehe. ingt kata2nya tadi, 13org anaknya, sorg pun tiada wish kecuali yg bongsu tinggal d asrama. lps tu aku la yg wish pzzz. dia kt mgkn nti tua anak bongsu nya la yg jaga dgn dia. amboi. senang jak jwb...mgkn la tu mak..haha. ingt, keajaiban doa kata ustaz zahazan boleh merubah nasib seseorang. bermaknaaaaaa mari kita saling mendoa-doakan yg baik2 n doakan ibu bapa kita. agar syurga sentiasa menanti mereka.. insyaallah.... amboi c ustajah..... hehehe :P

Friday, May 10, 2013

Bidadari surga... best!

http://www.youtube.com/watch?v=5z60fPo3q94


MASYARAKAT DAN TAMADUN


1.0  PENGENALAN

Setiap antropologis mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep budaya dan tamadun. Tamadun mempunyai makna yang lebih luas dan budaya boleh difahamkan sebagai satu cara hidup yang dikongsi bersama oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain dari segi nilai-nilai, kepercayaan, cara hidup dan pantang larang. Tamadun pula dikaitkan dengan pencapaian dan pembangunan sesuatu masyarakat tentang budaya dan pembudayaan yang berlaku di sekeliling mereka. Ia tidak hanya merujuk kepada pembangunan material semata-mata tetapi pencapaian merangkumi hal-hal  kebudayaan sesuatu masyarakat dalam aspek tatasusila, kesenian, agama dan bahasa yang dituturkan.

Budaya merupakan perkongsian cara hidup suatu masyarakat dan tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan bahasa bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian maklumat dengan tepat. Budaya boleh diperoleh melalui proses pembelajaran. Melalui perkongsian dan penyesuaian diri terhadap alam sekeliling tersebut, manusia akan lebih kreatif dan maju. Ia juga turut dipengaruhi oleh pencapaian pemikiran dan kekuatan rohani mereka. Pembentukan tamadun suatu masyarakat pula banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat tersebut. Misalnya kewujudan penempatan kekal merupakan di antara ciri utama kewujudan tamadun kerana penempatan kekal membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kepelbagaian budaya yang wujud dalam suatu masyarakat menjadi identiti dan kebanggaan masyarakat tersebut. Nilai-nilai kebudayaan yang baik yang diekspretasikan oleh masyarat suatu tamadun menjadikan mereka contoh dan unik di kalangan kelompok masyarakat yang lain.

2.0  KONSEP BUDAYA  

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya didefinisikan sebagai tamadun dan peradaban ataupun kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dalam bahasa Melayu, budaya berasal daripada perkataan ‘budi’, iaitu daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud akal yang membawa makna perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Budaya sering dikaitkan dan disebut dalam perkataan kebudayaan. Ini menunjukkan hasil daripada budaya yang diamalkan dan ditunjukkan oleh suatu kelompok masyarakat. Dalam usaha memahami manusia, masyarakat dan tamadun, ahli-ahli antropologi dan sosiologi mendefinisikan budaya mengikut hasil kajian dan teori mereka masing-masing.  

Menurut Edward Burnett Taylor, (Mohamed Yusoff Ismail.drr.,2011) budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatatusila, serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Pendedahan dan peniruan tradisi budaya tersebut menjadikan manusia membesar dengan tatasusila dan kepercayaan tersebut.

Menurut T.O. Ihromi (2006), budaya atau kebudayaan mengikut fahaman orang ramai ialah  kualiti yang relevan yang diperoleh dari seni tari dan hal-hal kesenian. Namun begitu, Ihromi pula berpendapat bahawa budaya itu merangkumi semua aspek kehidupan seperi kepercayaan, cara hidup, cara berinteraksi, kegiatan masyarakat yang khusus mereka lakukan dan cara-cara mengendalikan sesuatu perkara.  Ihromi juga mengemukakan definisi budaya daripada ahli antropologi lain seperti Ralph Linton. Menurut Ralph Linton, budaya ialah seluruh cara hidup suatu masyarakat. Setiap individu adalah makhluk berbudaya kerana ia mengambil bahagian dalam kebudayaan suatu kelompok atau masyarakat.

Oleh yang demikian, budaya dapatlah diungkaikan sebagai satu cara hidup, tatasusila, adat resam, agama, kepercayaan dan sebagainya. Budaya bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya yang  mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Mohamed Yusoff Ismail, drr (2011) menyatakan bahawa Gary Ferraro telah menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya yang perlu diketahui iaitu budaya dikongsi, budaya dipelajari, budaya “tidak kelihatan”, budaya mempengaruhi proses-proses biologi, budaya saling berubah, kesejagatan budaya, budaya adaptif dan maladaptif dan budaya bersifat integritif.
Budaya dikongsi adalah salah satu ciri kebudayaan dalam satu kumpulan masyarakat.  Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut.  Contohnya, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan etnik berkongsi budaya seperti semangat kekitaan dan kunjung-mengunjungi walaupun berbeza agama dan kepercayaan.
Budaya dipelajari merupakan ciri budaya yang kedua..  Budaya tidak diwarisi secara genetik. Budaya dipelajari melalui interaksi kita dengan persekitaran sosial melalui proses enkulturasi. Pepatah ‘orang tua lebih dahulu merasa garam’ adalah menunjukkan budaya itu dipelajari dan diamalkan oleh orang yang lebih tua dan berpengalaman berbanding orang muda. Pelbagai bentuk tingkahlaku,  adat resam dan bahasa yang digunakan sehari-harian  adalah hasil daripada proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan akan membesar dan belajar serta mengamalkan adat resam dan kebudayaan masyarakatnya.  Sekiranya,  bayi yang sama dibesarkan dalam masyarakat lain pula,  proses mempelajari kebudayaan dinamakan sosialisasi.
Budaya “tidak kelihatan” adalah ciri budaya yang ketiga. Budaya ini adalah budaya yang sudah sebati dan tertanam dalam jiwa kita sebagai insan bersosial. Ia berlaku tanpa kita sedari dan menjadi tabiat semulajadi dalam diri kita. Contohnya, perlakuan rutin yang kita lakukan seharian dan dilakukan secara tanpa kita sedari seperti mengosok gigi pada waktu pagi atau mandi sebelum ke sekolah.
Ciri budaya yang keempat ialah budaya yang mpengaruhi proses-proses biologi. iaitu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh dan sebagainya tetapi bergantung kepada adat resam budaya kita tersendiri. Kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita.  Contohnya,  masyarakat Melayu sangat mementingkan makanan mereka halal atau tidak. Ataupun penggunaan tisu atau air selepas berkumuh.
Ciri budaya yang kelima ialah budaya saling berubah.  Budaya sering melalui proses perubahan dari masa ke semasa dan melalui dua cara iaitu inovasi dan difusi budaya.  Inovasi merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat.  Inovasi yang diterima pakai oleh masyarakat secara meluas akan mencetus perubahan budaya.  Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya itu merebak kepada budaya-budaya yang lain.  Contohnya, budaya punk dan black metal yang berasal daripada budaya rakyat Amerika Syarikat telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global pada masa kini..
Kesejagatan budaya adalah merupakan ciri budaya yang keenam.  Banyak perkara-perkara asas yang dikongsi bersama tidak kira di mana kita berada.  Sebagai contoh, negara kita Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama mengikut sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri.  Agama dan kepercayaan mungkin berbeza tetapi panduan tentang moraliti dan perlakuan baik sama dan diguna pakai bersama. Peraturan inilah yang juga digunakan sebagai garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai insan sosial dalam sebuah kelompok masyarakat.
Ciri budaya seterusnya ialah budaya adaptif dan maladatif. Adaptif adalah ciri budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia.  Masyarakat primitif pada masa dahulu,  perlu mendapatkan sumber-sumber dari alam semula jadi untuk terus hidup.  Budaya memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri.  Sebagai contoh,  manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang dan sebagainya.  Sifat adaptif inilah yang memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi. Budaya maladaptive pula ialah budaya yang tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakat. Dalam jangka masa panjang, aspek negatif boleh membawa kepada kehancuran masyarakat manusia. Contohnya, tabiat merokok merupakan satu budaya yang diterima secara global. Namun demikian, merokok merupakan budaya maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan turut mencemarkan udara.
Ciri budaya yang terakhir yang disenaraikan oleh Ferraro ialah budaya yang bersifat integratif.  Pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain adalah merupakan budaya yang sebenar. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan,  keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan  teknologi,  keluarga,  sistem perubatan,  seni hiburan  dan keupacaraan. Aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sebagai contoh,  negara yang mengalami kemelesetan ekonomi akan turut menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain.  Institusi keluarga mungkin akan goyah akibat tertekan dengan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan.

3.0  KONSEP TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada perkataan mudun dan madain yang membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan bahasa Inggeris yang sama makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang membawa maksud Bandar. Selain itu, tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban. 

Setiap sarjana ilmuan mempunyai konsep tamadun yang tersendiri. Menurut Nurakma Suhaila, (2011) masyarakat barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran. Gordon Childe seorang sarjana barat menyatakan bahawa pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Manakala Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur-unsur kerohanian dalam tamadun dan menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah semata-mata dalam proses perkembangan tamadun. Namun begitu, sarjana Islam menyatakan tamadun adalah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua aspek ini penting untuk menjadi kayu ukur ketamadunan sesebuah bangsa dan masyarakat. Syed Naqiud al-Attas mendefinisikan tamaduan sebagai pencapaian tatasusila yang tinggi dan luhur. Pandangan ini turut disokong oleh seorang sarjana barat iaitu Richard Sullivan. Beliau mengakui bahawa unsur kerohanian sangat penting dalam pembanguan tamadun sesuatu masyarakat .Oleh yang demikian, konsep tamadun tidak hanya dilihat dari sudut pembanguan material sahaja tetapi tamadun turut berkembang melalui pencapaian dari aspek kerohanian, tatasusila dan moral.

Menurut Syirazi, (Shukri Ahmad,2002) istilah tamadun adalah suatu istilah yang membincangkan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan. Istilah ini merujuk kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan perindustrian dan pembanguan ekonomi sesuatu negara. Namun begitu, terdapat juga istilah lain yang sinonim makna dengan tamadun iaitu hadharah, madaniya dan thaqafah.

Menurut Shukri Ahmad (2002), Said Hawwa seorang sarjana Islam menyatakan istilah hadharah adalah merujuk kepada peradaban ataupun kemajuan manusia yang menggabungkan kemajuan material dan kemajuan sosiobudaya. Kemajuan ini meliputi aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu bangsa dalam kehidupan mereka. Istilah madaniyah pula merujuk kepada aspek pembanguan fizikal manakala istilah thaqafah pula merujuk kepada pencapaian sesuatu kelompok manusia dalam aspek sosiobudaya. Gabungan di antara madaniyah dan thaqafah membentuk pengertian tamadun atau hadharah yang lebih tepat.

Ciri-ciri pembentukan tamadun di antaranya ialah penyesuaian hidup masyarakat dengan alam sekeliling agar hidup lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia ini bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohani mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kemajuan material. Bangsa yang berteknologi tinggi boleh menguasai bangsa yang mundur melalui pencapaian teknologi mereka seperti alatan peperangan. Bangunan yang dibina turut melambangkan keunggulan suatu tamadun bangsa. Misalnya tamadun Greek, tamadun Mesir dan tamadun China memeiliki keunggulan bangunan tertentu yang menjadi kemegahan dan kebanggan tamadun mereka.

            Kewujudan tempat tinggal yang kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun sesuatu masyarakat. Kewujudan masyarakat yang tinggal menetap ini menjadikan hidup mereka lebih sistematik dan lebih baik daripada masyarakat yang hidup secara nomad. Masyarakat nomad tidak mempunyai masa untuk membangunkan tamadun kebendaan mereka kerana mereka lebih tertumpu dan suka hidup secara ‘sara diri’ dan tidak mempunyai masa untuk membina sistem infrastruktur di kawasan mereka.

            Jumlah penduduk yang bertambah menjadikan sebuah organisasi masyarakat bertamadun itu lengkap dan mampu mengatur cara hidup mereka untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran hidup mereka dasi aspek sosial, ekonomi dan politik. Setiap lapisan masyarakat mempunyai fungsi tersendiri dan bergerak mengikut keperluan organisasi tersebut. Dengan pertambahan jumlah penduduk sebuah tamadun, pembentukan organisasi sosial dan politik menjadi rancak dan produktiviti manusia menjadi penting. Peluang pekerjaan bertambah dan menjamin kemakmuran masyarakat serta dapat mengelak daripada gejala sosial.

            Sistem pemerintahan yang sistematik dan tersusun mampu mengendalikan masyarakat bertamadun. Semakin tersusun dan teratur sistem pemerintahan sebuah tamadun semakin baik pembangunan negaranya. Dengan adanya sistem pemerintahan maka wujudnya sistem perundangan bagi mengawal keamanan dan menjadi panduan keoada masyarakat. Sistem pengurusan yang baik dan produktif membantu membangunkan tamadun dengan cepat. Ini mampu menjadikan tamadun tersebut stabil dari sudut politik.

            Dari sudut sosiobudaya, agama, bahasa dan adat resam memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun.  Tamadun tidak lengkap jika hanya dinilai dari sudut pembangunan material sahaja. Pembangunan sosiobudaya sangat penting dalam membangunkan tamadun yang hebat. Ini kerana agama, bahasa dan adat resam sangat berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, perkembangan sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan tatasusila dalam proses pembentukan awal tamadun. Umumnya, agama memberi garis panduan baik dan buruk serta panduan pembentukan akhlak masyarakat tersebut. Agama yang betul menjadikan masyarakat lebih maju dan bertamadun tinggi dan sebaliknya ajaran yang lemah menyebabkan masyarakat itu mundur. Agama yang mundur ialah agama yang mempercayai tahyul dan menolak kemajuan. Oleh itu, agama berperanan menjadi panduan pembentukan tamadun yang maju dan berwawasan. Pembanguan sosiobudaya juga dikaitan dengan bahasa. Bahasa sangat penting sebagai alat komunikasi dan penyebaran ilmu pengetahuan. Contohnya, tamadun Romawi yang tinggi dahulu adalah disebabkan oleh masyarakatnya yang berbahasa Latin. Bahasa Latin adalah satu bahasa yang digunakan secara meluas di seluruh dunia pada masa itu. Penyebaran ilmu menggunakan bahasa menjadikan masyarakat tersebut membentuk tamadun yang hebat dan lebih tinggi. Bahasa melambangkan kemajuan bangsa. Selain itu, adat resam juga berperanan penting dalam pembangunan tamadun. Misalnya nilai-nilai yang baik seperti kasih sayang, bantu membantu, memuliakan tetamu, rajin dan bergotong-royong menjadikan sebuah tamadun dipandang tinggi dan dicontohi oleh masyarakat lain.

4.0  fungsi budaya

Budaya mempunyai fungsi yang sangat besar dalam masyarakat. Budaya yang dihasilkan oleh manusia itu sendiri adalah satu keperluan hidup. Di antara fungsi budaya ialah budaya dapat memenuhi dan menyediakan keperluan manusia dengan lebih mudah.
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pertanian, maka mereka akan membina kincir angin dan alat-alat pertanian.

Budaya juga akan menjadi panduan kepada kelompok masyarakat dalam mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan. Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil daripada tuntutan beragama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam berakhlak dengan memberikan panduan, meliputi perlakuan yang dibolehkan dan tidak dibolehkan.,perlakuan yang patut dan tidak patut serta perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan. Masyarakat yang bertamadun dalam agama dapat menonjokan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

Budaya juga menjadi alat mengatur hubungan sesama manusia. Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

Budaya turut berfungsi sebagai pendorong kepada manusia untuk mencipta
peralatan teknologi dan keperluan seharian mengikut keperluan masyarakat yang tersebut. Orang Eskimo misalnya memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong kepada penciptaan alatan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan. Orang Belanda memerlukan alat canggih untuk menghasilkan pertanian yang mereka usahakan maka, mereka mencipta alat-alat berteknologi untuk memudahkan aktiviti pertanian mereka.

Selain itu juga, budaya berfungsi sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti
suatu kelompok masyarakat.  Suatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya tetapi  lebih kepada budaya yang mereka amalkan. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, iaitu bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.tetapi mereka juga mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerjasama bagi mencapai sesuatu. Masyarakat Malaysia juga dikenali sebagai masyarakat yang berbudi bahasa di samping memiliki keunikan etnik dan adat resam masing-masing.

5.0  kepelbagaian budaya

Budaya suatu masyarakat dan bangsa adalah pelbagai dan diklasifikasikan mengikut cabangnya. Ia dibahagikan mengikut sudut masa dan ruang ia berkembang dan dihasilkan. Misalnya budaya barat dan timur; budaya primitif dan moden; budaya tradisi dan moden yang merangkumi dalam aspek masa, persekitaran, kawasan dan semulajadi. Kepelbagaian budaya membuatkan kita lebih menghargai siapa diri kita. Perbezaan ini menjadikan kita berfikir dengan lebih kritis dan membuat penilaian yang baik di antara budaya kita dengan budaya orang lain.  Melville J. Herskovits  menyatakan kebudayaan memiliki empat unsur utama, iaitu alat-alat teknologi, sistem ekonomi,  keluarga dan kekuasaan politik. Manakala Ting Chew Peh (1985) meninjau kepelbagaian budaya dari sudut struktur masyarakat atau kelas sosial, jantina, adat resam, kepercayaan dan bangsa serta bahasa.

Struktur masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya dan bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Terdapat tiga konsep penting tentang struktur masyarakat. Konsep tersebut adalah masyarakat, budaya dan perpaduan di dalam masyarakat. Ciri-ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu masyarakat adalah seperti berikut :
a)    hidup berkelompok
b)    mempunyai budaya
c)    sering mengalami perubahan
d)    saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar
e)    mempunyai kepimpinan
f)     mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)
Struktur masyarakat di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Kelas sosial masyarakat tradisional boleh diklasifikasikan seperti berikut :
a)    Sultan                        -  kelas hierarki tinggi
b)    Kelas bangsawan        -  kaum keluarga di raja
c)    Kelas pembesar           -  pembesar negeri/daerah
d)    Rakyat biasa               - golongan diperintah

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai ikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, semangat kekitaan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan insan sosial.

Kepercayaan pula bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa ‘pasti’ terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan. Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan pengangan dan kepercayaan sebuah masyarakat menujudkan perbezaan prinsip dan nilai kehidupan.

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang berstruktur. Bahasa juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui bahasa, kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat.Bahasa juga bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.

Adat resam adalah sesuatu cara hidup yang sering dilakukan dan diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah piawai iaitu adapt atau kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat, turut mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku sama ada positif atau negative. Contohnya di Malaysia, perbezaan adat resam orang melayu, india dan cina sangat berbeza kerana turut dipengaruhi oleh ajaran agama dan pantang larang nenek moyang masing-masing.

Perbezaan jantina turut mempengaruhi kepelbagaian budaya suatu masyarakat. Sungguhpun wujud persamaan antara lelaki dan perempuan, masih terdapat perbezaan ketara diantara mereka daripada sudut peranan dan kepentingan dalam keluarga.

6.0  contoh budaya yang tepat dan baik

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dan tinggal bersama secara aman dan demokrasi. Komposisi rakyat Malaysia majority terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu, terdapat juga etnik-etnik lain seperti orang asli, Punjabi, bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia yang telah dikagumi oleh masyarakat dunia kerana mampu hidup aman dan damai walupun berbeza bangsa, agama, kepercayaan, adat resam dan pantang larang.

Rakyat Malaysia diberi kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara Malaysia. Sikap toleransi dan menghormati agama orang lain menjadikan negara ini hidup dalam harmoni. Inilah menjadi kebanggaan rakyat dalam membina tamadun yang maju dan berwawasan. Walaupun berbeza agama dan bangsa, rakyat Malaysia saling bantu-membantu dan bekerjasama apabila menghadapi masalah dan bergotong-royong dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Di samping itu, setiap bangsa dan kaum bebas bertutur mengikut bahasa masing-masing tetapi bahasa Melayu menjadikan bahasa rasmi negara. Bahasa melayu dijadikan bahasa penghubung di antara rakyat bagi menjalin kemesraan dan komunikasi yang berkesan di antara rakyat. Selain itu,negara Malaysia mengamalkan nilai kebebasan bersuara untuk kesejahteraan bersama.

7.0  kesimpulan

Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa budaya (culture) adalah merupakan cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Tamadun pula diekspretasikan dari sudut kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan suatu kelompok masyarakat dan bangsa. Tamadun tidak dilihat hanya pada pembangunan material sahaja tetapi juga dinilai daripada pembangunan sosiobudaya seperti bahasa, agama, nilai dan adat resam. Budaya sangat penting dalam membina ketamadunan umat ssejagat yang unggul dan produktif. Kepelbagaian budaya seperti agama dan kepercayaan, tradisi dan adat resam serta bahasa tidak menghalang keharmonian dan perpaduan sebuah masyarakat seperti Malaysia, malah meningkatkan lagi perasaan bangga dan cinta akan negara, memupuk semangat kekitaan dan membantu dalam membina tamadun yang hebat dan maju.

Rotan tapak kaki.



Rotan!!! selama 10 tahun mengajar ini kalilah aku merotan. tapi yang budak dirotan tu bukan aku rotan kuat-kuat pun. 'ambek syarat jak..letak rotan kat kaki." kikiki. tapi Allah da nak sedarkan aku, budak tu x boleh jalan. balik sekolah bapak dia dukung then nak call polis... aku lak diam je..xtau mo ckp apa... PELIK napa yang aku letak rotan kat kakinya (bukan sebat ok!) boleh sampai x boleh jalan.... mak dia pun call sekolah marah2. i wanna see the ustazah. huhuhu. ok bah...lam hati asyik fikir. napa sakit napa sakit!! balik dari klinik mak dia nak jumpa...bila jumpa nak sgt dia aku mgaku rotan anaknya kuat. she said terrible. wow... speaking bah. aku ni plak geleng2 kepala jak x kuat, x kuat puan... saya paling sayang dot dot. saya x rotan kuat. letak je. nasib ada guru kelas n penolong kanan tolong aku. tapi ada jugak la hero aku. hahahah. nasib ustaz zahir ada masa tu. dia pun ckp ustazah rotan x kuat. letak je. rupa2nya budak tu jatuh tangga.... guru kelas ckp waktu rehat dia jatuh. budak2 pun ada yg nmpk tp mak dia nk jgk ckp sebab i rotan ok...xpa biar dia bckp, hak dia. anaknya kn... dia kata bapanya nk kol polis tp mak dia kt selesaikan d sekolah. well... dlm hati ada chance pindah ni hahahaha. guru PJ pun terlibat kerana cuba memback up. tp sayang ditengking oleh parent. 'dont say like that, i have degree also. 24 years ago'...huhu. tq so much to ustaz zahir yg byk tolong c ustazahnya ni. huhu. akak syg mu noq ewah hahaha. byk lg la yg blaku, tp puan penolong kanan telah tolong n guru kelas. bersyukur sgt2!

Tuntasnya, saya mengaku kesilapan saya menggunakan rotan pada alaf baru ini. Rotan tidak boleh digunakan oleh guru. itu pn saya tahu. saya tahu salah saya. saya sedarrrr cik zahir oi! haha. jgn ketawa i ok. jgn nak olok2 sana. :P saya mengaku salah saya. walaupun x sakit tp tetap salah. kata org sabah, jerak suda. tp saya tidak mengaku yg saya sakitkan c dot dot.

p/s pada my skung; tq dengar mslh i... lop u my lopa2.

kehilangan..

10.5.2013 - ku rasa kehilangan... cinta mu telah merasuk kalbu ku!!! i'm sorry.... tapi itu yg kurasa.ewaahhh jiwang eh! cinta manusia jgn smpai tergadai cinta Allah

Thursday, May 09, 2013

MASALAH PEMBELAJARAN


1.0  PENDAHULUAN
Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan sentiasa berusaha menganalisis masalah yang wujud, membuat refleksi dan membuat tindakan yang strategik berdasarkan pelan yang dirancang. Guru juga perlu memahami dan mengenal pasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ahli-ahli psikologi turut mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan dalam menyelesaikan senario-senario hipotektikal tentang masalah pembelajaran yang wujud di dalam sesebuah kelas.
Masalah pembelajaran yang wujud di dalam kelas perlu dikaji dan diatasi dari perspektif teori pembelajaran atau teori perkembangan yang berbeza. Teori-teori ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi jalan bagi guru-guru mempelajari tingkah laku pelajar dan mengatasi masalah yang timbul di dalam kelas. Masalah-masalah pembelajaran di dalam kelas seperti murid bising, murid sukar memahami dan mengingati isi pelajaran, murid takut memberi jawapan dan murid cerdas pintar sangat menguji dan mencabar keupayaan guru dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

2.0  SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Pelajar berkelakuan nakal merupakan masalah pembelajaran berbentuk disruptif yang sering berlaku dalam situasi kelas sebenar. Kegagalan guru untuk melaksanakan tugasnya banyak bergantung pada beberapa faktor, antaranya suasana kelas yang hiruk-pikuk oleh pelajar yang tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Pelajar tidak berminat dengan aktiviti dan pendekatan guru semasa mengajar. Mereka membuat bising, tidak duduk diam,menganggu pelajar lain yang ingin belajar.
Pelajar lembam mnguasai kemahiran dan isi pelajaran merupakan senario masalah pengajaran dan pembelajaran yang sering terjadi di dalam kelas. Tahap kecerdasan yang rendah ini sangat bergantung dengan bantuan guru sepenuhnya. Ini menjadikan guru sukar menjalankan aktiviti sepenuhnya di dalam kelas dan terpaksa menumpukan perhatian kepada sebilangan murid sahaja.
Pelajar-pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu juga menimbulkan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka sentiasa menyoal guru semasa guru menerangkan berusaha mencuba sesuatu tanpa memikirkan bahaya untuk diri dan orang lain.
Pelajar-pelajar yang cerdas dan mudah menguasai kemahiran dan isi pelajaran juga sering menjadi masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar ini mampu menguasai isi pelajaran, kemahiran dan ilmu yang disampaikan dengan cepat dan tepat berbanding pelajar lain. Mereka akan menganggu pelajar lain yang sedang belajar, cepat merasa bosan, menganggu pengajaran guru, memandang rendah pelajar lain dan sering mencabar kewibawaan guru.
Selain itu, pelajar yang kurang keyakinan diri dan merasa takut untuk menyertai aktiviti pembelajaran juga merupakan senario sebenar yang merupakan masalah pembelajaran. Pelajar-pelajar menunjukkan perasaan bimbang semasa guru menyoal dan sering mengasingkan diri dengan aktiviti pembelajaran.

3.0  MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.
Masalah-masalah yang wujud di dalam sesebuah kelas boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran bagi mengenal pasti dan menganalisis masalah yang berlaku.
3.1            Pelajar berkelakuan nakal dan bising
Pelajar yang nakal dan bising adalah pelajar yang tidak menunjukkan minat dengan pengajaran guru. Mereka berkelakuan sedemikian kerana penyampaian guru tidak menarik, sukar difahami dan pengajaran guru yang berpusatkan guru sahaja dan bersikap autokratik. Mereka bosan dengan pengajaran guru sehingga mereka menganggu atau menunjukkan sikap-sikap yang agresif seperti membaling rakan dengan kertas, menolak dan menumbuk rakan lain serta menyanyi-nyanyi semasa guru mengajar. Mereka juga turut bergerak ke sana sini menganggu rakan lain. Punca lain pelajar ini berkelakuan sedemikian adalah kerana keadaan dan iklim kelas yang tidak ceria dan kurang kondusif, sosioemosi kelas yang kurang sesuai dan pengurusan kelas yang tidak sistematik.
Menurut teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura, pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.  Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Ini menunjukkan bahawa unsur pembelajaran utama adalah peniruan dan permerhatian. Sikap pelajar yang berkelakuan nakal dan bising di dalam kelas melalui teori pemerhatian ini adalah disebabkan kerana pelajar cuba menganggu rakan-rakannya kerana suda bosan dengan pengajaran guru. Mereka berpura-pura mengantuk, membaling rakan dengan kertas, bercerita dengan rakan lain dan cuba menganggu rakan lain sambil memberi isyarat ‘bagus’. Mereka juga meniru perlakuan guru dan rakan mereka sehingga mereka tergelak dan menganggu penumpuan rakan-rakan lain.
3.2            Pelajar lembam menguasai kemahiran dan isi pelajaran
Pelajar yang mengalami masalah menguasai kemahiran dan isi pelajaran biasanya tidak memperolehi perkembangan mental yang sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak menggalakkan. Masalah ini juga berpunca kerana ibu bapa mereka yang jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran mereka. Mereka juga lembam untuk berfikir dan mentafsir isi pelajaran dan kemahiran yang diajar oleh guru. Ini amat merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru terpaksa memberi tumpuan lebih kepada mereka sehingga pelajar lain turut membuat bising dan kurang penerangan daripada guru tersebut. Kelembapan ini menyumbang kepada masalah pembelajaran dan menghadkan murid lembam tersebut memperoleh ilmu pengetahuan dan pencapaian yang kurang memberangsangkan.
Merujuk kepada teori Pembelajaran Gagne, pembelajaran adalah bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks dan pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah. Terdapat lapan peringkat pembelajaran berhierarki Gagne yang dikenal pasti iaitu; pembelajaran berisyarat, pembelajaran rangsangan gerak balas, rangkaian yang merupakan siri melengkapi tugasan, pertalian berbahasa, pembelajaran berdiskriminasi, pembelajaran berkonsep, pembelajaran hukum dan penyelesaian masalah. Teori ini menekankan sistem pembelajaran itu harus bermula daripada mudah dan asas kepada yang rumit dan kemahiran yang lebih tinggi. Supaya pengajaran lebih bermakna dan mencapai objektif pelajaran, guru diberi alternatif untuk merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkan oleh Gagne. Dalam kes pelajar lembam (slow learner) ini, pemahaman konsep dan alat bantu mengajar membantu kepada senario ini berlaku di dalam kelas. Setiap kali pelajar lembam belajar, mereka gagal menyusun pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam minda dan ingatan mereka. Kaedah dan stail pengajaran guru yang tidak mementingkan perbezaan individu di dalam kelas menyebabkan masalah ini terus berlaku.

3.3       Pelajar ingin tahu
Tingkah laku ingin tahu ini menjadi masalah yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar yang bermasalah positif ini sering bertanya semasa guru menerangkan dan tidak sabar untuk mengetahui kemahiran dan peyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga berani mencuba sesuatu tanpa penerangan dan pengawasan guru sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan rakan lain. Sungguhpun perasaan ingin tahu ini adalah tingkah laku positif tetapi ia juga menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini berpunca daripada rangsangan dan maklumat yang diberikan oleh guru tidak tersusun dengan baik dan guru kurang menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kaedah pengajaran mereka.
Ini dapat dikaitkan dengan teori Pembelajaran Ausubel yang melihat pembelajaran dari sudut resepi dan bermakna. Ausubel menyatakan kebanyakan manusia memperoleh ilmu pengetahuan daripada pembelajaran resepi . Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Teori Pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsi, guru memberi output konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerima ilmu dengan lengkap dan baik tanpa menganggu proses pengajaran yang berlangsung. Model Pembelajaran Ekspositori turut dikemukakan oleh David Ausubel yang menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan. Walaupun maklumat diberikan oleh guru tetapi murid boleh berkongsi idea-idea dan respon bersama guru. Ausubel menyatakan apabila pelajar menpunyai tahap rasa ingin tahu yang tinggi dan ingin menguasai maklumat dengan banyak, pengalaman sedia ada dapat membantu mengembangkan struktur kognitif pelajar menggunakan kaedah pembelajaran ini.
3.4        Pelajar cerdas dan cepat belajar
Pelajar cerdas dan cepat belajar mampu menguasai kemahiran dan isi pelajaran dengan mudah. Mereka akan cepat merasa bosan dan akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka juga akan mengejek-ejek dan memandang rendah rakan lain kerana lambat dan kurang memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar ini juga turut mencabar kewibawaan guru kerana menganggap kerja sekolah dan isi pelajaran yang disampaikan oleh guru adalah terlalu mudah, membosankan dan mereka sudah mempunyai pengetahuan sedia ada. Pelajar ini mempunyai ibu bapa dan keluarga yang latar belakang mereka adalah dari golongan berstatus dan berpendidikan tinggi.
Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Konstruktivisme yang diterajui oleh Giambatista Vico. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan cara pengetahuan disusun dalam minda manusia. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar membina kefahaman dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari antara idea dan fakta tersebut. Pembelajaran juga bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. John Dewey menyatakan bahawa teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui teori pembelajaran ini, murid terlibat secara aktif dan guru hanya sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masalah yang timbul daripada pelajar cerdas dan cepat belajar adalah berpunca daripada pengajaran dan penyampaian guru yang tidak sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Pelajar menjadi bosan dan menanggap guru tidak berilmu dan mencabar guru menberikan input yang lebih banyak. Selain itu, pendedahan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat oleh ibu bapa mereka adalah lebih terbuka berbanding pelajar lain. Pelajar ini juga sering melanggar peraturan yang ditetapkan kerana sifat yakin diri dan suka bertindak mengambil inisiatif sendiri.
3.5       Pelajar kurang yakin diri dan mengasingkan diri
Adapun wujudnya pelajar yang kurang keyakinan diri dan mengasingkan diri ini adalah kerana mereka mempunyai konsep kendiri yang negatif, kurang cerdas, emosi dan interaksi sosialnya kurang baik. Untuk mengelak daripada malu dan kurang selesa mereka cuba membentuk mekanisme helah bela diri dan sentiasa berusaha menyembunyikan diri daripada perhatian guru dan rakan-rakan sekelas.
Merujuk kepada teori Perkembangan Psikososial Erikson, Erikson menyatakan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Beliau percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.  Teori ini mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang diperkenalkan oleh Erikson. Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosi yang berlaku. Jadual 3.1 menunjukkan tahap perkembangan Erikson dan dijelaskan seperti berikut.
Tahap
Peringkat Umur
Konflik
Pertama
0 – 18 bulan
Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya.
Kedua
18 bulan – 3 tahun
Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi.
Ketiga
3 tahun – 6 tahun
Tahap inisiatif lawan rasa bersalah.
Keempat
6 tahun – 12 tahun
Tahap industri lawan rasa rendah diri.
Kelima
12 tahun – 20 tahun
Tahap identiti lawan kekeliruan peranan.
Keenam
20 tahun – 40 tahun
Tahap intimasi lawan pengasingan diri.
Ketujuh
40 tahun – 60 tahun
Tahap generativiti lawan stagnasi.

            Berdasarkan tahap perkembangan psikososial Erikson di atas, pelajar yang kurang berkeyakinan diri dan berasa takut menyertai aktiviti pembelajaran serta menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial dalam sesuatu situasi, mereka berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka akan gagal apabila ibu bapa tidak mencorak dengan baik dan membiarkan mereka membuat keputusan di perkembangan tahap awal. Perkembangan di tahap awal tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.Ada di antara pelajar ini yang takut diketawakan dan dijadikan bahan peniruan gelagat mereka cuba bersembunyi sehingga menjadi terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan rakan-rakan mereka dan mudah mengambil hati serta bersikap kecil hati.

4.0  IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN
Bagi meningkatkan kualiti dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran guru, pelan mengatasi masalah-masalah yang wujud di kelas perlu dirancang dan diaplikasikan agar dapat memberi implikasi yang cukup bermakna dan membantu guru mengurus kelas dengan berjaya.
4.1 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura.
            Unsur-unsur pembelajaran utama yang dalam teori pembelajaran ialah pemerhatian dan peniruan. Bandura menjelaskan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Aspek pemerhatian pelajar terhadap  penyampaian atau gerak geri guru dan aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Implikasinya, guru perlu cekap dan menjadi personaliti yang menarik agar menjadi contoh atau role model yang gemar dicontohi oleh pelajar. Penerangan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas hendaklah jelas dan menarik agar murid tidak berkelakuan nakal dan bising di dalam kelas seterusnya mengikuti proses pengajaran dengan mudah dan mencapai objektif implisit. Pendekatan yang berpusatkan guru dan murid perlu digunakan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, murid dapat memberikan tumpuan, menunjukkan minat belajar dan menjadikan guru sebagai role model yang patut dicontohi dan dihormati.
4.2 Implikasi Teori Pembelajaran Gagne
            Dalam menangani masalah pelajar lembam dan kurang menguasai kemahiran dan isi pelajaran, rangsangan dan tindak balas sangat positif adalah sangat penting. Berdasarkan kepada teori pembelajaran Gagne sebelum guru menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar di dalam kelas, pelajar seharusnya telah memperoleh pembelajaran isyarat, rangsangan gerak balas, rangkaian pertalian berbahasa, diskriminasi, konsep dan pembelajaran hukum. Implikasinya, guru perlu menggunakan bahan konkrit untuk mengajar subjek bahasa dan mengajar suatu kemahiran mengikut urutan agar pelajar dapat menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan mudah dan tersusun. Isi dan aktiviti-aktiviti yang disediakan perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid lembam. Jika tidak, bahan dan aktiviti tidak membantu peningkatan pemahaman pelajar ini memahami isi pelajaran dan membosankan mereka.
            Aktiviti yang dirancang perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid dan kehidupan seharian seperti ‘makanan kita’, ‘kesihatan kita’ ‘peralatan sekolah saya’ dan sebagainya. Penggunaan alat bantu mengajar seperti kad gambar, filem, carta dan model membantu pelajar lembam menyimpan maklumat dengan jelas. Pujian dan latih tubi perlu diteruskan dari semasa ke semasa agar pelajar lembam boleh meneruskan aktiviti pembelajaran seperti murid normal. Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-ciri kumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenal pasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai serta membina soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep dengan jelas.
4.3 Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel.
            Pemerolehan maklumat secara bebas melalui usaha sendiri dan membuat rumusan dan analisis sendiri melalui cuba jaya dan celik akal sangat bersesuaian dalam menangani pelajar yang mempunyai tahap perasaan ingin tahu yang tinggi.  Pembelajaran penemuan  yang terdapat dalam teori Pembelajaran Ausubel adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih ingin menguasai isi pelajaran secara menyeluruh. Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai.
            Bagi mengatasi masalah pelajar yang perasaan ingin tahu mereka ini tinggi, guru perlu menjelaskan fakta dengan lebih tersusun. Pembelajaran tersebut perlu berkembang secara deduktif dengan memberikan prinsip utama sebelum memberikan contoh yang sesuai. Guru juga perlu mengaitkan konsep yang telah dipelajari dengan konsep baru. Contohnya, mempelajari konsep barang berat akan tenggelam dan pelajar memberikan contohnya sesuai. Selain itu pembelajaran itu juga berkembang secara induktif iaitu dari umum kepada khusus dengan cara guru memulakan idea baru dengan contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru menjelaskan prinsip yang terlibat. Contohnya, guru memberikan contoh-contoh berkaitan dengan prinsip yang ingin diajar.
4.4 Implikasi Teori Konstruktivisme
            Dalam menangani masalah tingkah laku positif ini di dalam kelas, guru perlu menggalakkan pelajar berkreativiti dan pembelajaran akses kendiri. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Berpandukan kepada Teori Konstruktivisme, guru yang cekap perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan dan menggalakkan penyertaan murid secara optima dalam pembinaan pengetahuan mereka. Guru perlu berperanan sebagai pengawal disiplin kelas dan pemudah cara dalam setiap aktiviti pembelajaran. Dengan itu, masalah tingkah laku pelajar cerdas dapat dikawal. Mereka tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
            Dalam konteks ini, guru tidak berperanan sebagai penceramah di dalam kelas. Mereka perlu membimbing pelajar mengembangkan pengetahuan dan konsep yang mereka pelajari. Guru akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh pelajarnya dapat berlaku. Guru perlu menggalakkan interaksi pelajar untuk bertukar-tukar idea dan pengetahuan tetapi ditahap yang terkawal dan tahap bising yang dibenarkan. Bahan-bahan pembelajaran perlulah mencukupi dan mencabar agar murid tidak memandang rendah keupayaan guru sebagai penyebar ilmu pengetahuan.
4.5 Implikasi dan Modifikasi Teori Perkembangan Psikososial Erikson
            Melalui Teori Perkembangan Psikososial Erikson, modifikasi tingkah laku pelajar kurang yakin diri dan mengasingkan diri adalah melalui pengurusan suasana kelas yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru perlu menjadi role-model bagi memupuk sikap diri, kepercayaan dan kebiasaan kepada  pelajar supaya berani berkongsi perasaan, idea dan fikiran mereka. Sifat kasih sayang yang guru tunjukkan mampu memotivasikan pelajar supaya memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.
            Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar agar dapat meningkatkan keyakinan mereka dan meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

5.0  PENUTUP
Masalah pembelajaran yang berlaku di dalam kelas boleh berupa positif dan negatif.  Masalah pembelajaran yang menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menurut Mok Soon Sang (2002) adalah tingkah laku bermasalah pelajar yang berbentuk positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif adalah seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif  manakala tingkah laku bermasalah negatif ialah seperti distruktif, distruptif, bergantung, hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri dalam aktiviti di bilik darjah.  Oleh yang demikian, pendekatan dan alternatif yang bersesuaian berlandaskan teori pembelajaran mampu mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang wujud dalam situasi sebenar di dalam sesebuah kelas.

Tuesday, May 07, 2013


Kalau mahu menanam tebu
Tanamlah  dekat pohon jambu
Kalau betul cinta padaku
katakan saja I LOVE U...hahaha

Makan roti minum susu
Susu lembu campur madu
sudah lama tidak bertemu
hatiku rindu I WILL FOLLOW U.  


sedapkan hati dulu...:P